Saturday, 20 June 2020

Aku Nak Kaya !!!!!!

Hai.. assalamualaikum semua rakan bloggers and followers sekalian

Tepat 1 tahun, 1 hari sis Sakura is back to this blog.
Welcome me back!!!! Hehe

Anyway, tajuk blog kali ni pasal KAYA.
Yup, KAYA as in RICH as in bukan pencicah roti yang diperbuat drpd kelapa dan gula.




Cik Sakura nak tanya ni, korang.... NAK KAYA TAK?
Apa cik Sakura ni, mesti la nak kaya..hang gila ka apa tak nak kaya??
Hmmm.. ok, semua orang nak kaya... tapi.. berapa kaya yang korang nak kaya??
Ada had limit? Ada jumlah wang? Ada limit berapa biji kereta, berapa biji rumah?
Isshh... cik Sakura ni, kaya la ade rumah besar, kereta mewah, shopping kat Milan, naik turun haji 80 kali.. kaya la cik Sakura oiii.

Hmmm tapi kan? Korang rasa, dengan semua yang korang nak tu, katakanlah suatu hari nanti, dengan izin Allah, korang usaha dan korang dapat semua kekayaan tu.. lepas tu korang nak buat apa eh?

OKKKKK... Cik Sakura akan stop soalan tu sampai sini, Korang cuba tanya diri sendiri dan refleksi lah diri.

Tujuan cik Sakura bukak topik pasal kaya ni bukan apa.. cik Sakura perasan sekarang ni ramai yang sangat-sangat mengejar kekayaan sampai sanggup bergadai maruah dan agama. Ok, bukanlah semua orang yang nak kaya sebegitu cuma segelintir tapi sikit-sikit lama-lama jadi bukit juga kan. Ada yang menunjuk-nunjuk kemewahan di media sosial dan rakan-rakan. Takpe lah, kita husnudzon je lah fikir dia nak rasa puas kot bila boleh tunjuk kat orang lain kekayaan tu, wallahua'lam.

Tapi kan, korang tau tak datang nya kekayaan tu datang juga tanggungjawab yang besar.. setiap sen yang kita dapat tu akan ditanya nanti ke mana kita laburkan dan leburkan. (bukan orang kaya pun, setiap orang akan ditanya). Cik Sakura sangat suka tengok orang-orang yang berusaha untuk menjadi kaya raya ni, tengok kesungguhan mereka mencari duit siang malam tapi cik Sakura TAK SUKA bila mereka mula memandang orang lain yang mereka rasa kurang berusaha itu seakan hina, pemalas, dan berfikiran sempit. Sangat sangat tak suka. Awak pun masih lagi mengejar kekayaan DUNIA tetapi awak dah tanam rasa macam tu dalam hati awak? Macam mana andai satu hari nanti awak betul-betul kaya and capai apa awak nak, agaknya apa lah yang awak akan fikir tentang orang lain yg lagi bawah drpd awak ya?

Memang tak salah nak tanam azam dalam diri , aku nak kaya supaya aku tak perlu hidup susah lagi tapi bagi cik Sakura sendiri, mungkin belum terlintas di hati cik Sakura untuk menjadi orang kaya tetapi cik Sakura mahu hidup bebas hutang, ada tempat tinggal sendiri, cukup makan pakai dan punya keluarga yang tersayang dan disayangi, kalau ada semua ini, cik Sakura rasa dah syukur sangat dah, alhamdulillah. Memang, impian setiap orang lain-lain, dan kita perlu hormat dgn impian masing-masing tetapi jangan lah sampai kita lupa diri, lupa kawan dan keluarga, kita rasa kita penuh ilmu di dada dan wang di poket sampai kita rasa kita mampu untuk kawal semua benda termasuklah perasaan orang lain. TIDAK . Percayalah, perasaaan sayang takkan boleh dibeli dgn wang ringgit, kalau yang boleh tu, itu semata-mata palsu.

Jadi, pesanan cik Sakura kepada blogger dan follower diluar sana dan kepada cik Sakura sendiri, ayuhlah kita mencari rezeki sekuat yang kita mampu dan tanamkan rasa dan niat ingin membantu orang lain yang memerlukan dalam rezeki kita itu. Biarlah orang nampak macam kita tak mampu, tak kaya, tak berharta macam mereka tetapi kita kena pastikan SETIAP rezeki yang kita terima tu BERKAT dan memberatkan hitungan amalan baik kita di akhirat kelak. In shaa Allah.


TAK SALAH NAK KAYA TAPI NIAT YANG BAIK MESTI ADA BERSAMA.

Seberapa banyak pun harta yang kita ada di dunia ni,
ALLAH itu MAHA KAYA.. baik di dunia mahupun di akhirat.
Walau anda lebih kaya dari segala kaya, harta anda itu takkan setanding dgn yang maha Kaya.
Jadi, dekatkan diri dengan Allah, ingatlah Allah selalu, berusaha dan mintalah pada yang maha Kaya.

Semoga kita semua diberikan rezeki bermanfaat kepada diri, keluarga, agama dan negara. Aminnn.

Sekian bebelan cik Sakura random kali ini,
bukan pasal COVID-19, mahupun COV-EID 2020.
hahaha

Stay safe everyone, sudah ada kelonggaran tapi jangan dilanggarkan.
Take care of yourself, we will in the next post.
May peace be upon you,
Assalamualaikum.

Wednesday, 19 June 2019

Mari Membazir Masa

Heyya!!! Happy-half-after-new-year!!!

Hehe..lambat betul update ya. .
Sampai dah masuk tahun 2019.

Cik Sakura tak pastilah kalau followers cik Sakura perasan Tak, cik Sakura skrg sbnrnya tgh sambung belajar...
Tangguh jap kerja... Kasi upgrade and update itu ilmu atas kepala..baru la boleh berkhidmat dgn lebih baik hehe

So, mmg busy giler...serious busy n kalau orang kata mengalahkan menteri,
yes, I admit it! Haha

Cuti sekejap2 je, org start cuti, kite Naik skolah hahaha
Dan keadaan kewangan yg tak mengizinkan buat cik Sakura dah lame Tak travel..sobsss.. rindu laut!!! Rindu jalan2!!!

Hurmmm Hari Ni cik Sakura nak cakap pasal Membazir Masa !
Yassss..Masa yg macam emas tu..eh?

Selalu cuti cik Sakura selalu sangat membazir masa .. kadang2 rasa menyesal  wlpn tahu Masa tu takkan kembali
Tapi kadang2 kemalasan menguasai diri huhu

Cik Sakura selalu buang Masa dengan tgk TV, main phone..main phone n main phone.
Kadang2 takde benda berfaedah pun dkt dlm telefon tu tapi dah jadi macam habit pulak nak kena buka phone selalu.
Huhu..kadang rasa kesal tapi selain main phone, cik Sakura tak tahu nak buat apa.

Dan cik Sakura perasan, ramai generasi sekarang pun busy tengok telefon je bila ade masa. Hurmmmm.. camne eh nak bazirkan masa tapi dengan bnda yg berfaedah.

Takde la cik Sakura cakap main phone / tengok media sosial tu tak baik tapi kalau buka setakat nak tengok kebahagiaan orang dan compare dengan diri.. rasa macam lebih datang pengaruh negatif dari positif. Lebih baik kita tutup phone n hayati kebahagiaan yg depan mata Kita Ni..betul tak?

So guys, ce share dengan cik Sakura macam mana uolls isi masa lapang korang dengan benda berfaedah??

Mana tau cik Sakura boleh try ke?
Bantu lah cik Sakura yang pemalas ini haha 😅

Akhir kalam,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI SEMUA!!! 😘

Tuesday, 23 October 2018

"stranger-zone"

Assalamualaikum, apa khabar semua??

Dah 6 bulan tak jumpa kat blog cik Sakura ni kan?
huhu ..dah masuk tahun ke 3 belajar,
bertambah busy lah jadi nya.. maap blog ..sobss

RINDUNYA BER-BLOGGING!!!! HUWAAA

Anyway, cik Sakura nak tanya ni,

korang pernah tak di 'stranger-zone' kan oleh kawan korang?
Tak pernah? Untung lahhhhh (*sambil buat muka annoyed)

'Stranger-zone' tu macam mana?
Stranger-zone tu maknanya kawan korang yang mula-mula baik dan rapat dengan korang..
tapi tiba-tiba satu hari, dia terus tak tegur korang.

Bila jumpa buat-buat tak kenal, tak senyum, tak bertegur
acah-acah tegur korang
Bila depan orang ramai je
tapi bila jumpe kat rumah

HARAMMMMM!!!! TAK TEGUR OII!!

Hurm..tu lah apa yang cik Sakura rasa sekarang. SOBSSSSS

Rasa macam nak pindah rumah je, daripada duduk serumah dengan kawan tapi tak bertegur macam duduk dengan orang asing..
baik duduk dengan orang asing terus.
BETUL TAK??

Mesti korang tertanya-tanya kan kenapa tiba-tiba dia tak tegur cik Sakura,
actually, hari tu ade misunderstanding sikit ,
Lepas kejadian tu, kami terus tak bertegur..
sebab selalu cik Sakura yang kena start conversation or tegur minah ni dulu
tapi cik Sakura dah fed-up dah..sebab asyik cik Sakura je kena tegur dulu
Dah malas nak tegur dia dulu and guess what, dia tak kisah pun.
lagi dia tak tegur cik Sakura ade lah hahahaha


Pelik kan budak perempuan ni? Pasal tegur-menegur pun boleh jadi isu dalam blog (LOL)
well,
itulah uniknya perempuan hehe
lelaki kalau cerita macam ni ..mesti geli gilaaa ewwwwww

Apepun, kalau korang pernah kena 'stranger-zone' dengan member korang,

SHARE LAH DENGAN CIK SAKURA MACAM MANA KORANG TANGANI MAKHLUK BEGINI YA???

TQ sebab sudi baca blog cik Sakura dan bagi feedback (ye ke ade org bagi feedback nih?) hehe

Till we meet again. Adios amigos!

Saturday, 14 April 2018

Diskriminasi, Reputasi, Kontroversi

Assalamualaikum dan apa khabar kawan-kawan.
lama cik Sakura tak membebel kat sini hehe

Alhamdulillah, masih diberi tenaga dan masa untuk 'blogging' hari ni heeeee

'Post' kali ni tentang perkara-perkara yang selalu sangat bermain di kotak pemikiran cik Sakura semenjak, dua menjak, tiga menjak ni.. apakah ia? (wah gituuu!) Macam soalan SAQ.

Well, cik Sakura perasan , sejak akhir-akhir ni semakin menjadi-jadi perangai MANUSIA TOKSIK,
baik di media sosial mahupun dalam dalam dunia realiti. Hurm..kenapa eh ramai manusia macam ni? Adakah sebab dunia sekarang semakin mencabar? Jadi semua orang jadi toksik sebab kalah dengan dugaan dunia ini. Nauzubillahiminzalik. Janganlah tergolong dalan golongan ini wahai teman-teman kalian.

Toksik. Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, Toksik bermaksud beracun atau (bahan-bahan ~, asap dan bahan buangan kimia yg menyebabkan pencemaran alam; ketoksikan keadaan atau tahap (darjah) ber­acun: logam strontium dan lantanum mem­punyai kelarutan dan ~ yg rendah; komponen virus dlm vaksin influenza mempunyai ~ yg menyebabkan rasa sakit di tapak suntikan dan demam.)
Literally , racun ialah sesuatu yang boleh membawa bahaya dan kesakitan dalam badan kita. Jadi, apakah manusia toksik? Manusia yang membawa bahaya dan kesakitan pada orang lain. (hahaha, itu deifini cik Sakura lah)

Bukan apa, sejak akhir-akhir ini banyak kes depresi yang cik Sakura dengar tular di sana-sini, baik pekerja mahupun pelajar. Kenapa ini berlaku? kerana tekanan, tekanan yang dibawa oleh manusia toksik.

Mesti tertanya-tanya apa ciri-ciri manusia toksik ni kan? Meh la cik Sakura bagitau ciri-ciri 'depa' ni :

1) Bila depan orang semua benda nak di'gah'kan, senang cerita, BONGKAK DAN SOMBONG
.
2) Menunjuk-nunjuk pasangan (walaupun BELUM HALAL) di hadapan orang ramai dan BANGGA macam mereka sahaja yang bercinta dalam dunia ni.

3) Mem'bahan' dan mengejek rakan atau kenalan lain yang tidak sama kecantikan, taraf, kekayaan, kehebatan( macam lah awak tu hebat sangat) dengannya. (p/s : manusia macam ni yang cik Sakura paling tak tahan sekali)

4) Mempamerkan kebodohan diri dan berbangga dengan pencapaian bodoh mereka itu. ( Ni banyak jadi kat media sosial)

5) Meminta tolong apabila susah, melupakan apabila sudah senang. ( oh ramai GILA orang macam ni) dan tidak reti mengucapkan 'TERIMA KASIH' setelah mendapat pertolongan. ish..ish..ish.. 

6) MEMBAWANG. hah.. yang ni takkan tak tahu kot. Kalau tak tahu, pergi kopek bawang sana. hehe
tapi membawang yang paling teruk ialah membawang sehingga menjatuhkan air muka seseorang itu. Hurm...

7) Bersedekah dan memberi bantuan kepada yg tidak mampu (eh ni baik la cik Sakura) TETAPI MENUNJUK-NUNJUK KEBAIKAN kepada manusia lain. (okay yang ni tak baik).

Sebenarnya, banyak lagi ciri-ciri manusia toksik tapi kadang-kadang tak dapat detect sebab mereka-mereka ini kebanyakannya pemenang OSCAR AWARDS! Pandai sangat berlakon hihi so ramai yang sanjung dan puji kebaikan dan kecantikan yang mereka ada sehingga membuatkan mereka bongkak dan alpa. Nauubillahiminzalik.

Maaf, cik Sakura tidak cemburu mahupun menghina manusia-manusia toksik ini tetapi cik Sakura hanya mahu memberi peringatan kepada followers cik Sakura yang tersayang agar andai anda sendiri merasa kan diri anda ada ciri-ciri serta pernah melakukan perkara diatas, MARILAH KITA BERMUHASABAH DIRI.

YES, NOBODY IS PERFECT BUT WE CAN CHANGE OURSELVES TO SOMETHING BETTER THAN WE ARE BEFORE.

Berubah bukan mudah, menjadi baik bukan mudah, terlampau banyak dugaan tetapi Allah menguji dan memberi dugaan kepada hambanya yang disayangi. Kan?

 Jadilah manusia yang dikasihi Allah dan bukan manusia yang hanya dikasihi manusia.

Kerana kasih Allah SELAMANYA bagi namun kasih manusia hanya sementara =)

Ok , back to topik cik Sakura, tahukah anda apakah kesan manusia toksik ini kepada masyarakat?

Manusia toksik bukan sahaja membahayakan diri orang lain tetapi juga membahayakan diri mereka sendiri. Manusia ini lemah, mungkin hari ini mereka merasa diri mereka kuat, kebal, kaya, seperti tiada apa yang mampu mengatasi mereka tetapi akan datang satu masa, mereka akan merasa bahawa diri mereka kosong dan tiada upaya, dan pada ketika itu, apabila mereka memerlukan bantuan manusia lain akan tetapi, kerana sikap toksik mereka, mereka DISISIHKAN. Mereka depresi dan akhirnya, membunuh diri. (P/S : membunuh diri itu HARAM dalam Islam). Bagaimana pula orang dikeliling mereka, apabila diejek, dihina, dikeji dan merasa rendah diri ats sikap manusia toksik ini, mereka juga merasa lemah dan merasa diri tidak berguna, dan akhirnya berputus asa. 

Kesimpulannya, manusia toksik memang tidak perlu wujud dalam dunia ini dan janganlah menjadi manusia toksik. Kerana toksik membunuh,  Hati, Jiwa dan Diri. (Nauzubillahiminzalik).

Untuk rakan-rakan yang terkesan dengan manusia toksik, cik Sakura harap kalian bersabar dan teruskan perjuangan melawan manusia-manusia ini, perjuangan anda tidak pernah sia-sia. Percayalah, bukan anda sahaja yang mengalaminya. 

Let's spread peace and love, and become a better person everyday.

Wednesday, 2 August 2017

Belajar. Kerja atau Berniaga ?

Assalamualaikum da salam sejahtera teman-teman blogger cik Sakura sekalian (^.^)//

Lama gila cik Sakura tak membebel kat sini kan ? kan? Hahaha
Dah 2 tahun dah sunyi-sepi tapi dalam dua tahun ni macam-macam terjadi
Alhamdulillah.. dengan izin Allah, cik Sakura berjaya mengharungi liku-liku kehidupan yang kejap kat atas 'rooftop' , kejap kat bawah nun di 'basement' level.
Macam mana ngan korang pulak? Mesti banyak jugak liku-liku kehidupan korang kan?

Hurm...
korang pernha terfikir tak..ape akan jadi kat korang kalau satu hari ataupun hidup korang tu TAk PERNAH dan TAK AKAN ade masalah dan liku-liku..straight je, mudah je .. agak-agak korang rase best x?

Bagi cik Sakura sendiri, cik Sakura tak rase cik Sakura mampu untuk teruskan kehidupan ni kalau hidup ni mudah je, takde cabaran hahaha pelik kan? Tapi ya, itu ape yang cik Sakura rase..sebab?
Sebab cik Sakura rase bosan nyer lah hidup kalau hari-hari kita buat rutin yang same pastu takde sebarang masalah ataupun cabaran untuk menguji tahap kesabaran dan kejelasan kita berfikir di saat-saat kritikal.

Cik Sakura rasa, kalau hidup kita ni takde masalah, mesti sampai bila-bila kita ni tak maju dan berkembang dan sentiasa selesa di takuk yang lama. Well, itu pendapat peribadi cik Sakura (^,^)
Follower semua mesti ade pendapat masing-masing kan? Ape kate share kat komen bawah tu hehe sharing is caring, tak gitu hahaha XD

So, untuk tajuk kat atas tu.. macam ade kena-mengena ke takde kena-mengena? HURMMM...
Well, actually ade.. Alhamdulillah cik Sakura sekarang dah bergelar mahasiswi semula tetapi kali ni cik Sakura bergelar mahasiswi bekerjaya haha macam mana tu?
Maksud nya cik Sakura belajar tetapi dalam masa yang sama masih bekerja dan dalam masa yang sama cuba berjinak-jinak untuk berniaga kecil-kecilan .

Kadang- kala, ada juga timbul rasa penat, bercelaru, keliru dan hilang fokus apabila ketiga-tiga perkara ni datang sekaligus.. rasa cam nak pecah kepala .. lagi la sakit hati bila orang sekeliling tak memahami dan menambah lagi tekanan jiwa dan fikiran...

Tapi in the end ape yang penting? KERJASAMA~ Eh bukan.. bukan dalam topik sekarang ni hahaha
Ape yang penting... DIRI KITA SENDIRI! Betul tak ?

Kalau kita rasa kita mampu untuk buat 3-4 benda dalam satu masa, buatlah TAPI jangan pulak jadi macam pepatah melayu

 'Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran'

Haaa. faham ke idok? Bak kata seseorang pada cik Sakura

 " Jangan hilang fokus, ingat niat dan tujuan asal kau buat sesuatu"

Hehe terima kasih Angah untuk kata-kata tu (^^)V

Dah lama tak post, panjang plak bebelan nyer.. MAAF~~ 

See ya!

Wednesday, 17 June 2015

Oh puasa, Oh Ubat, Oh Diabetes.


Alhamdulillah
Syukur kepada Allah kerana dipertemukan semula dengan bulan Ramadhan.
Alhamdulillah.
Semoga Ramadhan pada tahun ini memjadi madrasah dan memberi tarbiah pada diri kita untuk menjadi umat Islam yang lebih baik.

Yang belum penuh solat nya 5 waktu, semoga dipenuhi. Yang melewatkan solat nya, semoga solat awal waktu sentiasa. Yang menghisap rokok, kurangkan mahupun berhenti menghisapnya.
Yang kurang amalan sunat nya, ditambahkan amalan sunat nya dan macam-macam lagi lah.
In shaa Allah ..dengan azam serta usaha yang kuat serta pergantungan kepada Allah.. kita akan berjaya. In shaa Allah. (^^) FIGHTING!!

kali ini, cik Sakura nak kongsikan pengambilan ubat-ubatan semasa bulan Ramadhan
Al-maklum lah, bulan Ramadhan ni mesti ade yang sakit dan tidak sihat.. tapi tu tidak bermaksud anda tidak perlu berpuasa atau pun meninggalkan dos ubat yang telah diarahkan untuk makan hehe.
senang citer dua-dua jangan tinggal, ade solusi nya.

Jom tengok jadual bawah ni hehe


Haa.. yang tu untuk pengambilan ubat biasa.. yang bawah ni pulak untuk pesakit Diabetes. Pesakit diabetes ni diorang lagi kena 'take note' sikit sebab diorang senang sangat 'hypo' sebab paras gula dalam darah diorang tak menentu huhu

Yang ni tips pemakanan untuk mereka yang menghidap diabetes


 Untuk makcik dan pakcik serta mereka yang perlu suntik INSULIN di bulan puasa :

untuk maklumat lanjut ----> Diabetes - Ramadan dan Ubat
Masih ramai yang itdak tahu tentang pengambilan ubat ni.. ada yang main suntik je insulin tapi tak makan.. tak pasal-pasal kena 'admit' wad huuhuu

Cik Sakura tahu, jarang makcik dan pakcik layan blog cik Sakura ni.. so, cik adik manis dengan cik abang hensem.. sila lah baca, fahami dan terangkan kat orang yang anda kenali ya ? (^^) Sharing is caring (cliche sangat!!!)

Ok? Ada faham?? Bagussss !!

Selamat menjalani ibadah puasa dan semoga segala amalan kita diterima Allah in shaa Allah.

Haaa.. dah boleh start dah bace niat malam ni hehe



Sunday, 7 June 2015

Naruto Live Spectacle di Malaysia

Apakah? Apakah itu Naruto Live Spectacle ?

Meh..meh cik Sakura habaq mai..
Ia adalah satu lakonan teater yang dipersembahkan oleh pelakon-pelakon teater yang berbakat dari negeri matahari terbit nun.

Anda bukan peminat animasi Naruto? Mungkin anda tidak akan berminat dengan post cik Sakura kali ini hahaha XD
https://twitter.com/ryuji7117 ( memainkan watak Sasuke)


Selaku peminat Naruto sejak kecil lagi, cik Sakura memang sangat berminat dengan ape jua yang ade kena-mengena dengan Naruto hahaha
Naruto datang Malaysia wehh..gile tak excited? Hahaha

Nasib baik lah cik Sakura tak terlepas tgk show tu sebab waktu cik Sakura beli tiket tu pun dah tinggal beberapa hari je sebelum show tu..
Nasib baik ade lagi tiket .. kalau tak, menangis tak berlagu lah kome~~
https://twitter.com/729Yuta (wata Kiba)


Huhu.. pada hari kejadian. iaitu 31 May 2015 di MIECC , Mines Selangor..
cik Sakura sampai lambat sikit sebab?
SESAT!!! hahaha
biase lah, cik Sakura tak biase pergi kawasan The Mines tu, dah la selalu jalan sesak kat sane tu huh tak kuase~~ hehehe

Naruto Live Specatcle ni julung kali nya diadakan di Malaysia...sebelum ini belum pernah ada apa-apa animasi melakukan persembahan teater di luar negara Jepun. Kalau dalam Jepun tu dah biasa sangat sebab budaya mereka memang begitu. Kalau pergi Universal Studio Jepun pon (USJ) mereka ade persembahan animasi Jepun. best kan peminat ANIMASI sekalian?? ehehehe
*cik Sakura pon tak pernah pergi Universal Studio Jepun tu, kalau Singapura tu ada lah =P*
https://twitter.com/suga_kenta1019 (watak Gaara)

So, memang tak la cik Sakura nak lepaskan peluang ni sebab lepas ni tak tahu lah mereka akan datang lagi ke tak kat Malaysia ni tuk buat persembahan.. huhu ..

Naruto Live Spectacle atau dalam kata lain 'Naruto: Dari Kaca Mata Sebenar' (definisi kamus cik Sakura hehe)
ni memang BEST sangat-sangat!!! Terbaik!! Awesome!!! Giler kentang lah! Memang rugi la kalau siapa tak pergi!!!
Props, pentas, pakaian, CGI , muzik dan gerakan akrobatik semua terbaik!!! Memang tak pernah pergi teater yang best macam nih! Pelakon-pelakon tu siap boleh turun pentas interaksi dengan penonton, mane nak dapat???



Watak-watak yang mereka lakonkan memang semua sebijik macam dalam komik tu huhu Naruto yang bengong happy go lucky tu, Sasuke yang bajet cam bagus, poyo-poyo tu and Sakura yang comel tapi garang tu hahaha semua jadi! Serious macam keluar dari komik 100%! Zettai! Memang rugi lah peminat Naruto tak pergi tengok.. lugi..lugiii~~

 
Lagu tema Naruto Live Spectacle


Stage dia sangat simple sebab memang dalam tu hanyalah dewan kosong ( nak buat kenduri dalam tu pon boleh)
So, krew penerbitan terpaksa membina pentas dari awal hingga ke akhir berbanding Macau dan Singapura.. dewan mereka cantik ok.. 'Theatre Hall' u'ollss!! Tak payah nak bina-bina baru..seating pon best! Kat Malaysia, hurm.. memang kerusi plastik kenduri tu dia bagi.. itu je lah keburukan nyer(malu jer) ..yang lain semua best!!! Hehe

Oh, btw, security kat sane sangat tegas, anda bukan sahaja tidak dibenarkan mengambil gambar ketika pementasan, malah semasa waktu rehat dan juga selesai pementasan. Agak pelik di situ.. tapi nak buat macam mana, terima je lah. So, tak ada gambar sangat huhu. Tak pe lah janji tersemat dalam memori cik Sakura. hehe

Oh, untuk mereka yang terlepas, boleh dapatkan CD yang kemungkinan akan keluar bulan Ogos nanti. Jangan lepaskan peluang ya (^^) heehee

Harapan: Semoga lebih banyak teater animasi begini dilakukan di Malaysia dan di tempat yang ber'teater' sikit . Ramai peminat anime kat Malaysia ni, semua tak nak mengaku je tu. Jadilah diri sendiri, we don't need people's approval to live V(^^)V *pesanan ikhlas dari Cik Sakura*

Wednesday, 28 January 2015

R.E.S.P.E.C.T ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua nya~~
Di harap baik- baik belaka ya~~
Hari ini kita dalam rancangan "Tiup-tiup, blog berhabuk" Fuhhh~~

Biaselah sejak-sejak dah berkerjaya~~ lah sangat ni
tak nyempat nak menjenguk blog kesunyian ni uhuk uhuk uhuk

Pun bagaimana walau,
Hari ni cik Sakura nak cerita tentang RESPECT atau dalam bahasa 'Ma-la-yu-wi-yah' nyer
HORMAT.

Hormat ade macam-macam jenis dan perlakuan  dan definisi dan begitu dan begini
tapi hormat yang cik Sakura nak perkatakan ni adalah

Hormat terhadap sesama manusia .

Selama hampir 3 tahun cik Sakugha gheje sebagai fghontliner yang memang gheja haghi-hagi menghadap manusia @ pesakit ni (ni dah kenapa pelat R plak nih?) Opss..maap~
Sambung cerita..
hah.. hari-hari bertemu pesakit dan melayan kerenah mereka,
tak dinafikan ramai nya yang tidak mempunyai rasa hormat mahu pun berbudi bahasa terhadap orang 'frontliner' ni.

Kami hanya menjalankan tugas kami, maka, mengapa harus dihamburkan segala amarah dan caci hina kepada kami seolah-olah kami tidak mempunyai perasaan malah hati. 

Memang bukan semua begitu tapi kebanyakan nya..
tidak kira tua ataupun muda ..
kecuali kanak-kanak ..
sebab kanak-kanak dorang sempoi je.. cakap Thank You kiut je (^^) Hihi


 Sesungguhnya pekerjaan seperti ini memerlukan tahap kesabaran yang amat tinggi (T^T)

Nasib kami la sebab kami ni 'checkpoint' terakhir,
smua marah dari start menunggu sampai habis jumpa MO nak dimarah pada kami..


Segelintir perangai manusia-manusia ini adalah :
1) Sampai kaunter, baling n campak kad kat kite, bukan nak mintak nombor baik-baik.
2)  Bila dah habis berbuih kita terangkan itu ini, cakap TERIMA KASIH pun takdak. Budi bahasa ke ni? Ok bye~
3) Bila kita kata masa rehat, diorang mengamuk macam gajah naik minyak seolah-olah lepas lunch hour tu tak boleh nak berurusan lagi .. apakah? Semua boleh di bawa berbincang , tak perlu hiruk-pikuk macam takde adab.

Itu lah sedikit-dikit benda yang dapat dikongsikan bersama, selain nya, biarlah rahsia. =)

Kesimpulannya,

Marilah kita sama-sama meng-HORMAT-i sesama manusia.. tak kira jantina, agama mahu pun bangsa atau NEGARA? ...


Orang tua-tua selalu berpesan ..

'Kalau kita selalu berbuat baik pada orang lain, in shaa Allah, akan dibalas baik'

Memang best marah-marah dan tengking-tengking orang tapi tahukah anda, marah itu datangnya dari syaitan ?
Kita kan manusia, kenapa nak sama kan diri dengan syaitannirrajim tu??
Betul tak?

Hak memilih, hak kita. Pilihlah KEBAIKAN.


So, jom ramai-ramai jadi MANUSIA dan RESPECT each other. =)


P/S : Cik Sakura ni bukannya baik sangat pun .. kadang-kadang terjadi Syaitan jugak bila jumpe orang-orang macam ni huhu Jom sama-sama berubah ke arah yang lebih baik *wink*

ATTITUDE ye.. bukan E-Tude.

Sabar ye cik Sakura, sabarrrrrr
Because I'm happy~~ (dan tetiba lagu Pharrel William tu bermain di belakang anda~~seramm)


Wassalam.

esok Naruto: The Last movie kuar kat pawagam Malaysia.. yahuii~~~ *excited*

Saturday, 19 July 2014

TUJUH

7  yang penuh bermakna untuk rakyat Malaysia

Kehilangan kapal terbang MH370
Kehancuran kapal terbang MH17

Wallahua'lam.

Tiada apa yang dapat Cik Sakura katakan tentang hal ini.
Hanya mampu menyedekahkan Al-Fatihah untuk mangsa2 tragedi dan takziah buat keluarga mangsa serta kawan-kawan terdekat mangsa. Semoga Allah memberikan kekuatan buat mereka serta rakyat Malaysia sekalian.

Tabahlah.


#PrayForGaza .  #PrayForMH17 .  #PrayForMH370




dan sedikit tips yang bermanfaat dari Ustaz Don ( In Shaa Allah)



Sunday, 28 July 2013

. Ramadhan . Kembali .

Assalamualaikum wbt semua!!!!

Rindu cik Sakura x ????
Hehehehe.. ok, mestilah x..
korang mane nk rindu cik Sakura~~ 
(T-T) sobss
*tetibe touching*

Ape kes?
hehehe.. tak mau..tak mau..tak mau tacing-tacing

Ramadhan dah kembali
Mesti mau hepi mah!
Alhamdulillah dapat berjumpa Ramadhan tahun ni

ALHAMDULILLAH!! ^^

So, masuk hari ni dah 20 Ramadhan umat islam sekalian jalani ibadah puasa
amacam?
Banyak kumpul pahala dan amalan untuk bekalan di akhirat tak?
Ke makin kurang?
Tak pun same je ... ? (hehehe)

Rugi ooo kalau Ramadhan pergi berlalu macam tu je
Sangat rugi!

Macam-macam hadiah Allah sediakan tuk umat-umat Islam sekalian
terutamanya yang beriman dan beramal bersungguh-sungguh

Tak caye???? Tengok nih!
 (credit:google)


Sebenarnya banyak sangat ganjaran dan hadiah nye
Yang penting kite beramal dengan ikhlas dan tidak menunjuk-nunjuk (^^)


Tak sempat dah? Tinggal 10 malam je lagi?

Isshhhhhhh..sempat lagi tu..
rahmat Allah besar dan Allah Maha Pemurah wahai sayang-sayang sekalian

Lagi-lagi 10 malam terakhir ni
Subhanallah
siapa yang tekun beramal.. Allah hadiahkan Lailatul Qadar
In Shaa Allah

Jangan biarkan Ramadhan kali ni pergi dengan penuh penyesalan ye kawan-kawan ^^
FIGHTING!!! GANBATTE!!
Lillahitaa'la
Jom sama-sama beramal dan mohon keampunan Allah jom! 

Haaa..camne? Korang ada buat tak salah satu yg dalam gambar tu? hehe




P/S :  Ingat, kita tak perlu nak buktikan keimanan kita pada manusia,
 sebaliknya, buktikanlah pada ALLAH
 kerana Allah Maha Mengetahui dan DIA lah sebaik-baik HAKIM
 ^^

Tuesday, 12 February 2013

Bawa ku T.E.R.B.A.N.G ☼

Daripada setiap hari Rabu.. sekarang dah jadi setiap "bile rase nak update"
kekeke

Assalamualaikum semua..
hihihihi..
Selamat Tahun Baru Cina kepada yang menyambut tahun baru cina
Semoga tahun ni bertambah kekayaan dan kebahagiaan~ hihi


Raya ..raya jugak.. haa.. dapatlah mase sikit rehat2 sambil update blog ni..
cian dye.. dibiarkan sunyi~

Ok2, cukup2 Cik Sakura merapu .

Actually, nak citer Pengalaman PERTAMA Cik Sakura atas AWAN!!!! \(><)/
Serius best giler, lagi2 1st time kan, memang jakun tahap gaban la kan..hehe

Hehe.. 1 Februari yg lepas bersamaan hari Jumaat,
cik Sakura n kawan2 terbang ke Bandung... HOLIDAY!!!! Wee~~ \(^0^)/

Banyak sangat benda nak citer so cik Sakura update pasal penerbangan cik Sakura je kali ni..hihi
Citer kat Bandung, next post ye ~

Penerbangan cik Sakura kul 6.40 am, jadi kena ade kat sana 2 jam sblm masa penerbangan la kan
Jadi, cik Sakura n kawan2 bertolak dari umah kul 12 malam sebab x berani nak g lambat2 sangat,
kami kan semua pompuan, takut jugak drive pagi2 sgt

Masing2 pon mengantuk giler time tu tapi kitorang berlakon tak mengantuk sebab esaited giler nak naik kapal terbang
Al maklumlah,
masing2 1st time naik kapal terbang, yang sorang tu je pernah naik kapal terbang ~ heee~

Sampai kat LLCT ( Low Cost Carrier Terminal) dalam kul 1 lebih pagi
Berpusing2 carik parking yang paling dekat dengan pintu masuk


Al-maklumlah, kami pompuan~ TT
Haruslah berhati-hati, ye dak?
Oh btw, parking keta kat LCCT sehari = Rm 30++ (tak ingat exact rate)

 Sampai je kat sana,
kitorang pon explore la tempat tu,
macam2 tempat makan ade pilih je
tapi kitorang time tu tak lapar nasik,
kami lapaq bantal~~~ huhu TT

Mate masing2 memang dah merah giler.. mane tak nyer, balik keje masing2 tros kmas2 barang
and get ready, x sempat nak lelap pon..
serius penat tapi ke-esaited-an tu membuatkan kitorang lupe segalanya.. HAHAHA

Perghh.. klo korang tengok kat LCCT pepagi nun,
memang ramai giler orang tidur atas lantai, ( x dpt nk snap keadaan tu)
macam kem pelarian pon ade jugak.. hihihi
and banyak giler foreigner (kebanyakan nyer mat bangla and nepal)

Lepas pusing-pusing,
kami pon lepak sebentar kat Marry Brown sementara tggu pukul 4 pagi
Akhirnya.. pukul 4 pon tiba~

Meh nak citer Prosedur2 tuk Berlepas @ Departure :

[1] Sampai2, tros cek korang kena check in kul bape kat BOARD ni =) and tgk KAUNTER mane korang kena pegi CHECK-IN LUGGAGE

  

◘○◘○◘

[2] Then, dah confirm kat mane nak check in ape smua.. bleh la relax2 dulu tapi kalau dah tau sampai last minute, teros la gerak ke KASTAM.
Kat situ korang kena masukkan semua jenis beg yang korang bawak tu dalam mesin / belt tu.. kastam nak cek...korang ade seludup kucing tak? hehee *kenapa mesti KUCING?*

◘○◘○◘

[3] Next, jalan teros ke Check-In Luggage nyer kaunter (no kaunter bergantung pada nombor kaunter yang korang nampak kat flight board tadi) ..
 Kat sini dia akan cek berat beg korang.. kalo lebih muatan, kena bayar beb! Fuhh..bukan murah~ hihi *utk maklumat lanjut,cek airasia.com.my*

Mase cik Sakura pegi tu..memang kosong gile (♫♪Kosong~~ Kosoong~~ ong~~ong~♪♫) LIHAT!

Kannnn.. dah cakap.. boleh golek2 kat lantai!!
◘○◘○◘
 
[4] Now, bagi pasport and boarding pass kat encik/cik tu dan dorang akan sahkan dengan cop macam ni 
 





Dan seterusnya, dorang akan beritahu korang departure kat GATE mane lepas tu (slalu nya dorang tulis atas boarding pass korang)
◘○◘○◘

[5] Teruskan perjalanan anda ke GATE or Pagar pelepasan yang dorang tetapkan dan di situ, anda akan diperiksa oleh IMIGRESEN ^^

Kat sini mula2 pegawai polis akan cek Pasport dan Boarding Pass korang

oh sentiasa, always and forever PEGANG pasport dan Boarding Pass sebab dorang akan selalu mintak di mana jua     (sila jgn tertinggal or letak merata, Pasport ibarat IC kita kat luar negara ^^)
Pastu, naik eskelator ke atas, kat situ imigresen akan COP pasport korang dan seterusnya pegi ke bahagian imigresen/kastam (x pasti) ..kat sini sekali lagi masukkan beg dalam mesin pengimbas dorang (barang elektronik letak dalam bakul dorang kasi)

◘○◘○◘

[6] Kalau korang lulus kat sini, korang dah tak payah pikir ape lagi prosedur nya sebab korang just kena tunggu kapal terbang korang datang je and berlepas~~ 
wee~~

Mase tunggu ni, boleh la pegi makan2 or minum2 kat restoran yang ade sekitar sini.. hehe
*p/s: Makanan luar DILARANG daripada dibawa masuk ke dalam kapal terbang, sila habiskan sebelum naik*

◘○◘○◘

[7] Akhirnya, korang boleh la tunggu kat GATE yang dorang tetapkan untuk berlepas, orang kaunter periksa boarding pass and pasport and korang boleh la pegi ke kapal terbang korang...

◘○◘○◘

[8] Naik kapal terbang and ENJOY the show ~ SUBHANALLAH.

Gambar yang sempat snap.. huuhuu TT
Nie gambar waktu balik,
gambar waktu pegi tak dapat snap sebab bateri telefon dah mati TTTTTT
Sangat rugi sebab pemandangan sangat indah... MATAHARI TERBIT tu..
CANTIK! BETOL X TIPOO!!!


Oh .
jangan lupa MATIKAN barang-barang elektronik korang waktu mula2 nak berlepas, kalau korang tak nak kapal terbang korang terhempas hehe (jahat nyer)

Nanti, bila dah kat atas boleh la HIDUPKAN tapi dalam FLIGHT MODE ok? Cun! (^^)b

◘○◘○◘

Last words from me, Have a safe flight everyone~ v(^^)v


Sunday, 13 January 2013

Pengalaman pertama

Haiiiiii Semuaaaaaaa!!!
Assalamualaikum ^^
Selamat tahun baru (masih bulan Januari kan?kan?)

Wah...tahun baru.. kalendar baru, azam baru semua pun baru ma..
pengalaman pon baru!! hehe ^^

Hari ni kan...cik Sakura nak citer pasal pengalaman baru cik Sakura baru-baru ni (bape banyak BARU da =.=")

Hehehe

Hari tu kan..cik Sakura pegi pejabat  Imigresen .... buat apa?
rase-rase buat ape? seludup kucing kot...hehehe...SALAH!
Cik Sakura pegi buat BUKU MERAH!!! adsb PASPORT!! woot! woot!

Hahaha..xd mende pon sebenarnya tapi kitorang mmg esaited giler la coz masing2 pon pes time wat pasport time tu (Kitorang = cik Sakura n 3 lagi member) hehehe

Actually, skang ni kita bertuah sgt sbab buat pasport kejap je , xyah tggu lame2
 tapi
 mase cik Sakura buat tu...sistem down TT sobs..
so, makan mase yg agak lame la jugak

Kitorang sampai2 je kena amek nombor lah..
yang lame nyer nk tggu dye panggil tuk serahkan IC ngn gambar

Pssttt...
klo korang x nak spend time n money amek gambar kat kedai kat situ (RM10-4 keping gambar pasport)
Korang bawak je gambar pasport yg korg ade kat umah nun..
pastikan gambar latest yeee..
lagipun dye nk sekeping je pastu IC..dah

SENANG KAN? hihihi

pas dye panggil nombor tu,
korang bagi IC n gambar sekeping
dye akan tanye korang nk bape thn nyer pasport?
Mcm cik Sakura yg x rajin ke luar negara ni..so mintak 2 tahun je~ kikiki
So, harga nya,
2 tahun= RM100
5 tahun= RM300

tapi bagi warga emas klo ikut bajet 2013, dorang kurangkan  kan?
2 tahun = RM 80.. dan 5 tahun = Rm150

So, jadilah warga emas klo nk murah~ (eh,macam tu pulak?)

Ok ..sambung2 pastu pegawai tu akan suh korg thumb print tuk sahkan IC tu (klo cip x ok, korg kena photostat IC tu)
dan seterusnya korang kena tunggu tuk dipanggil tuk bayaran (pakai no yg same jugak)

Lepas dah bayar, dapat resit,
tunggu SEJAM tuk dorang proses pasport korang tapi
mase cik Sakura hari tu, sekejap giler
dalam setengah jam je..hehe

Efisyen kan?kan?

Pastu skali lagi bagi IC n thumb print, tunjuk resit
dan wallah! Dah dapat buku merah!! Cantik dlm dye~ ade harimau~ hehehe
*cik Sakura x leh nk tunjuk bhgn dlm nyer ..maaf~*
lagipun gambar cik Sakura klaka sgt dlm pasport tu..huhu (~.~)


 dan kemudian, kami balik dengan hati yang gembira
hehehe
^^

Korang pon mesti ade pengalaman pertama kan?kan?
Jom...share~ hehe
Wslm~

Wednesday, 28 November 2012

RaBu SaYa RaJiN

Assalamualaikum ^^
Apa khabar smua!!

Fuhhhhhh *uhuk2*
pergh..dah lame tak update blog
Klo bukak je mesti ari Rabu.. haih~

Kali ni Cik Sakura nak share gamba-gamba yang menarik Cik Sakura tangkap
waktu melawat Teluk Intan  hari tu..hehe
*melawat ke?padahal pegi kenduri kawen kot*
alah..sekali la tu..hehe =P

ENJOY~~
dan Jangan Lupe
Setiap benda Indah yang kita tengok,
UCAPLAH :

SUBHANALLAH ^^
sesungguhnya itu semua adalah ciptaan Allah yang Maha Esa

Menara Condong!! \(^^)/ *1st time pegi sini*


Awan yang sangat cantik..dan cuaca yang sangat panas.. hehe

 
 Jogging sambil menikmati pemandangan camni best kan? ^^


My fav picture.. HUJAN!!!



SUBHANALLAH..cantik!! Cantik!! TT


*Semua gambar ni Cik Sakura ambik pakai kamera telefon bimbit je* TT
Sowi klo x bape cantik gambar nyer
hehe
V(^-^)V peace~

Saturday, 20 October 2012

.Oktober. Aku Mula Dewasa

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua blogger and walkers hehe

Wahh...
♫♪sudah lama tidak ke ladang
tinggi rumput dari lah lalang..lama tak ku pandang..hatiku girang~~♪♫
Opss.. ternyanyi lagu zmn skolah rendah plak..kikiki

Ha... lame tak kenguk sini, dah nak masuk sebulan
huhu
sowie.. lappy rosak..skang kene menumpang kasih kat PC orang len plak TT
apa kan daya.. lappy sudah tua usia nya~~

Perkembangan terbaru?

Tak kembang lah..kuncup je
makin kurus raser nyer..hahahaha

Kenapa?

 Cik Sakura dah start keje!!!
ALHAMDULILLAH... kurang dah masalah "tanam anggur tak berbuah" kat Malaysia kali ni
haha

Keje ape ek?

Keje bagi ubat je.. tapi bagi ubat pon macam-macam dugaan nyer taw
hehe
*baru 3 minggu kot keje*

Betol la.. macam2 dugaan..tak tipu!!!
hehehe
Of course la banyak dugaan kan, klo hidup takde dugaan.. x thrill la kan? 
 dan cik Sakura percaya korang pon macam-macam dugaan kan? hehe
cume dugaan kite je lain-lain..hihi
Maka, jomlah kita sama-sama bersabar..kekeke
*mende Cik Sakura merepek nih (=.=")

 Ok lah, senang citer,

 Sejak-sejak cik Sakura dah keje nih
 ha..rasa macam dah makin besar tanggungjawab dan makin dewasa
ye ke?
dewasa macam mane eh?
hurm... maksud nyer
dah kene pandai pandai kawal wit sendiri
bijak melaburkan duit untuk masa hadapan
kena pandai bahagi masa
kena pandai bergaul
mula berfikir pasal jodoh (ehh??)
(err..sebelum ni tak pernah buat macam tu ke?)
  
Pernah je tapi kali ini lain
sangat lain.. 
kalau zaman student dulu takpe,
suke hati je nak shopping sampai kering bank =P
suke ati je nak main puak2 ngan member..haha
sekarang macam tak appropriate je nak wat perangai zaman2 kolej dulu
hehehe

Well, bukan nak cakap alam dewasa itu adalah suatu bebanan or bosan (tidak sama sekali mahupun dua kali)
cuma ia lebih mencabar hihihi

Yeah.. and I love adventure
nanti macam-macam musim ade..hujan..kemarau, bunga....haih..macam2 la..hoho

So, yang penting!
KUATKAN SEMANGAT DAN KERJA KERANA ALLAH
LAKUKAN SEGALANYA KERANA ALLAH
Insya-Allah
Barakah akan datang bersama gaji yang kita dapat dari hasil titik peluh kita tu ^^




Wednesday, 26 September 2012

Selamat Datang ke Hotel Transylvania


Haa..mari-mari ..jemput masuk~~
Ye, awak tempah bilik no brape ye? hehehe
Ada macam receptionist hotel tak? Muehehe =P

Hoho..bukan ape,
hari ni cik Sakura nak cerita kisah cik Sakura dan tayangan perdana Hotel Transylvnia smlm ^^
Hahaha..macam2 jadi semalam
err..nak cite smua ke?

Ohh..mesti korg tertanya2 an cmne cik Sakura dapat tiket ni?
Cik Sakura join kontes kat Nuffnang..tak sangke lak menang!! Wee~~ \(^-^)/


Since nie pertama kali cik Sakura dapat jemputan pegi tygn perdana camni
so, cik Sakura tersangatlah esaited!
dan
disebabkan cik Sakura jarang sekali jalan2 kat area Damansara sane
so,smgt la print map ape ke smua , survey jalan nak g sane
huhuhu
dah ready ape smua..skali!
kenderaan cik Sakura plak rosak TT sobsss

kenalah naek kenderaan awam iaitu bas ( nak nek teksi dari rumah mahal kot!)
so, sbab akak cik Sakura balik keje pas kul 6
so kami pon bergegas la ke tempat kejadian
eh silap, tmpt tunggu bas

Setelah berpenat-lelah smpi sne,
suke ati je pakcik bas tu ckp bas yg ktrg nk nek tu dah bertolak (bas terakhir kul 7.30)
mase tu dah kul 8
takpe lah pastu pakcik tu cakap ade bas len leh g The Curve nun,
dye suh nek bas U88

so,dengan sabar nye kami menanti . . .

skali member kpd akak cik Sakura (terserempak kt tmp kejadian) cakap
klo nek bas U88 kul 8.30 punyer, akan smpi The Curve kul 10
pergh!!! Terkejut unta kitorang dengar tuh (0,0)
bile tnye drebar bas, mmg dye pon ckp benda yg sme TT
cane nih, dah la tayangan kul 9.30

Time2 macam ni lah rase khidmat DORAEMON amat diperlukan  

dengan berfikir secara kritis dan kreatif
kami pon decide tuk naek PUTRA sampai Kelana Jaya
pastu.. pandai-pandai lah nak hidup..wakakaka

Tak lah, pastu kitorang nek teksi dari sane smpi THE CURVE (kena RM15)
okla tu, janji slmt smpi..hehe

Alhamdulillah,
kami sampai tepat kul 8.30..
*klo taw,dari awal nek tren TT

sampai2 je kat Cathay Cineplexes Damansara
tetiba tgk ramai press ngan kamera ape bagai
eh..eh..nmpk Neelofa (tp x amek gamba pon,x minat)
La..ade tygn perdana HANTU K4PC4I gak rupenyer

ngan muke toya nyer
kitorang pon naik tgkt atas sebab kitrg nyer tygn kat atas, dorg kat bawah
Yay!!! Berjaya gak dapat tiket ni, hampir2 ingt nak lupekan je (u.u)


Hehehe..tegar kan kitorang nak tengok cite ni??
Tapi mmg tak dinafikan
Citer ni mmg citer kartun yang SANGAT AWESOME!!!
Takde part sedih2 sangat.. banyak gelak
watak2 raksasa dalam ni smua sangat comel!!
Tak menakutkan langsung!
Hah! Sape penah tengok citer SPIRITED AWAY?? (citer anime Jepun by Ghibli Studios)
hotel dye lebih kurg camtu r..Hotel tuk hantu2 dan raksasa!
Memang puas hati la tengok..rase nak tengok sekali lagi! (kali ni bayar sndri) hahaha XD

Klo korg tak caye, tengok la sendiri nanti ek? ^^

anyway, pengalaman tuk tygn perdana kali ni mmg terbaek r!
Hahaha..kitorang mmg suka adventure2 macam ni
pakai nak 'bidang terjun' je..hahaha

Terima kasih Nuffnang, terima kasih Sony Pictures dan terima kasih Cathay Cineplex Damansara
Oh, terima kasih kat akak Cik Sakura yang teman cik Sakura semalam ^^


P/S : korang pon buleh menang, rajin2 la masuk kontes kat Nuffnang tu, mane taw pasni leh menang same2..hehe

agak2 pasni Cik Sakura leh menang lagi tak? *buatmukekesian*