Wednesday, 2 August 2017

Belajar. Kerja atau Berniaga ?

Assalamualaikum da salam sejahtera teman-teman blogger cik Sakura sekalian (^.^)//

Lama gila cik Sakura tak membebel kat sini kan ? kan? Hahaha
Dah 2 tahun dah sunyi-sepi tapi dalam dua tahun ni macam-macam terjadi
Alhamdulillah.. dengan izin Allah, cik Sakura berjaya mengharungi liku-liku kehidupan yang kejap kat atas 'rooftop' , kejap kat bawah nun di 'basement' level.
Macam mana ngan korang pulak? Mesti banyak jugak liku-liku kehidupan korang kan?

Hurm...
korang pernha terfikir tak..ape akan jadi kat korang kalau satu hari ataupun hidup korang tu TAk PERNAH dan TAK AKAN ade masalah dan liku-liku..straight je, mudah je .. agak-agak korang rase best x?

Bagi cik Sakura sendiri, cik Sakura tak rase cik Sakura mampu untuk teruskan kehidupan ni kalau hidup ni mudah je, takde cabaran hahaha pelik kan? Tapi ya, itu ape yang cik Sakura rase..sebab?
Sebab cik Sakura rase bosan nyer lah hidup kalau hari-hari kita buat rutin yang same pastu takde sebarang masalah ataupun cabaran untuk menguji tahap kesabaran dan kejelasan kita berfikir di saat-saat kritikal.

Cik Sakura rasa, kalau hidup kita ni takde masalah, mesti sampai bila-bila kita ni tak maju dan berkembang dan sentiasa selesa di takuk yang lama. Well, itu pendapat peribadi cik Sakura (^,^)
Follower semua mesti ade pendapat masing-masing kan? Ape kate share kat komen bawah tu hehe sharing is caring, tak gitu hahaha XD

So, untuk tajuk kat atas tu.. macam ade kena-mengena ke takde kena-mengena? HURMMM...
Well, actually ade.. Alhamdulillah cik Sakura sekarang dah bergelar mahasiswi semula tetapi kali ni cik Sakura bergelar mahasiswi bekerjaya haha macam mana tu?
Maksud nya cik Sakura belajar tetapi dalam masa yang sama masih bekerja dan dalam masa yang sama cuba berjinak-jinak untuk berniaga kecil-kecilan .

Kadang- kala, ada juga timbul rasa penat, bercelaru, keliru dan hilang fokus apabila ketiga-tiga perkara ni datang sekaligus.. rasa cam nak pecah kepala .. lagi la sakit hati bila orang sekeliling tak memahami dan menambah lagi tekanan jiwa dan fikiran...

Tapi in the end ape yang penting? KERJASAMA~ Eh bukan.. bukan dalam topik sekarang ni hahaha
Ape yang penting... DIRI KITA SENDIRI! Betul tak ?

Kalau kita rasa kita mampu untuk buat 3-4 benda dalam satu masa, buatlah TAPI jangan pulak jadi macam pepatah melayu

 'Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran'

Haaa. faham ke idok? Bak kata seseorang pada cik Sakura

 " Jangan hilang fokus, ingat niat dan tujuan asal kau buat sesuatu"

Hehe terima kasih Angah untuk kata-kata tu (^^)V

Dah lama tak post, panjang plak bebelan nyer.. MAAF~~ 

See ya!

No comments:

Post a Comment