Tuesday 23 October 2018

"stranger-zone"

Assalamualaikum, apa khabar semua??

Dah 6 bulan tak jumpa kat blog cik Sakura ni kan?
huhu ..dah masuk tahun ke 3 belajar,
bertambah busy lah jadi nya.. maap blog ..sobss

RINDUNYA BER-BLOGGING!!!! HUWAAA

Anyway, cik Sakura nak tanya ni,

korang pernah tak di 'stranger-zone' kan oleh kawan korang?
Tak pernah? Untung lahhhhh (*sambil buat muka annoyed)

'Stranger-zone' tu macam mana?
Stranger-zone tu maknanya kawan korang yang mula-mula baik dan rapat dengan korang..
tapi tiba-tiba satu hari, dia terus tak tegur korang.

Bila jumpa buat-buat tak kenal, tak senyum, tak bertegur
acah-acah tegur korang
Bila depan orang ramai je
tapi bila jumpe kat rumah

HARAMMMMM!!!! TAK TEGUR OII!!

Hurm..tu lah apa yang cik Sakura rasa sekarang. SOBSSSSS

Rasa macam nak pindah rumah je, daripada duduk serumah dengan kawan tapi tak bertegur macam duduk dengan orang asing..
baik duduk dengan orang asing terus.
BETUL TAK??

Mesti korang tertanya-tanya kan kenapa tiba-tiba dia tak tegur cik Sakura,
actually, hari tu ade misunderstanding sikit ,
Lepas kejadian tu, kami terus tak bertegur..
sebab selalu cik Sakura yang kena start conversation or tegur minah ni dulu
tapi cik Sakura dah fed-up dah..sebab asyik cik Sakura je kena tegur dulu
Dah malas nak tegur dia dulu and guess what, dia tak kisah pun.
lagi dia tak tegur cik Sakura ade lah hahahaha


Pelik kan budak perempuan ni? Pasal tegur-menegur pun boleh jadi isu dalam blog (LOL)
well,
itulah uniknya perempuan hehe
lelaki kalau cerita macam ni ..mesti geli gilaaa ewwwwww

Apepun, kalau korang pernah kena 'stranger-zone' dengan member korang,

SHARE LAH DENGAN CIK SAKURA MACAM MANA KORANG TANGANI MAKHLUK BEGINI YA???

TQ sebab sudi baca blog cik Sakura dan bagi feedback (ye ke ade org bagi feedback nih?) hehe

Till we meet again. Adios amigos!

Saturday 14 April 2018

Diskriminasi, Reputasi, Kontroversi

Assalamualaikum dan apa khabar kawan-kawan.
lama cik Sakura tak membebel kat sini hehe

Alhamdulillah, masih diberi tenaga dan masa untuk 'blogging' hari ni heeeee

'Post' kali ni tentang perkara-perkara yang selalu sangat bermain di kotak pemikiran cik Sakura semenjak, dua menjak, tiga menjak ni.. apakah ia? (wah gituuu!) Macam soalan SAQ.

Well, cik Sakura perasan , sejak akhir-akhir ni semakin menjadi-jadi perangai MANUSIA TOKSIK,
baik di media sosial mahupun dalam dalam dunia realiti. Hurm..kenapa eh ramai manusia macam ni? Adakah sebab dunia sekarang semakin mencabar? Jadi semua orang jadi toksik sebab kalah dengan dugaan dunia ini. Nauzubillahiminzalik. Janganlah tergolong dalan golongan ini wahai teman-teman kalian.

Toksik. Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, Toksik bermaksud beracun atau (bahan-bahan ~, asap dan bahan buangan kimia yg menyebabkan pencemaran alam; ketoksikan keadaan atau tahap (darjah) ber­acun: logam strontium dan lantanum mem­punyai kelarutan dan ~ yg rendah; komponen virus dlm vaksin influenza mempunyai ~ yg menyebabkan rasa sakit di tapak suntikan dan demam.)
Literally , racun ialah sesuatu yang boleh membawa bahaya dan kesakitan dalam badan kita. Jadi, apakah manusia toksik? Manusia yang membawa bahaya dan kesakitan pada orang lain. (hahaha, itu deifini cik Sakura lah)

Bukan apa, sejak akhir-akhir ini banyak kes depresi yang cik Sakura dengar tular di sana-sini, baik pekerja mahupun pelajar. Kenapa ini berlaku? kerana tekanan, tekanan yang dibawa oleh manusia toksik.

Mesti tertanya-tanya apa ciri-ciri manusia toksik ni kan? Meh la cik Sakura bagitau ciri-ciri 'depa' ni :

1) Bila depan orang semua benda nak di'gah'kan, senang cerita, BONGKAK DAN SOMBONG
.
2) Menunjuk-nunjuk pasangan (walaupun BELUM HALAL) di hadapan orang ramai dan BANGGA macam mereka sahaja yang bercinta dalam dunia ni.

3) Mem'bahan' dan mengejek rakan atau kenalan lain yang tidak sama kecantikan, taraf, kekayaan, kehebatan( macam lah awak tu hebat sangat) dengannya. (p/s : manusia macam ni yang cik Sakura paling tak tahan sekali)

4) Mempamerkan kebodohan diri dan berbangga dengan pencapaian bodoh mereka itu. ( Ni banyak jadi kat media sosial)

5) Meminta tolong apabila susah, melupakan apabila sudah senang. ( oh ramai GILA orang macam ni) dan tidak reti mengucapkan 'TERIMA KASIH' setelah mendapat pertolongan. ish..ish..ish.. 

6) MEMBAWANG. hah.. yang ni takkan tak tahu kot. Kalau tak tahu, pergi kopek bawang sana. hehe
tapi membawang yang paling teruk ialah membawang sehingga menjatuhkan air muka seseorang itu. Hurm...

7) Bersedekah dan memberi bantuan kepada yg tidak mampu (eh ni baik la cik Sakura) TETAPI MENUNJUK-NUNJUK KEBAIKAN kepada manusia lain. (okay yang ni tak baik).

Sebenarnya, banyak lagi ciri-ciri manusia toksik tapi kadang-kadang tak dapat detect sebab mereka-mereka ini kebanyakannya pemenang OSCAR AWARDS! Pandai sangat berlakon hihi so ramai yang sanjung dan puji kebaikan dan kecantikan yang mereka ada sehingga membuatkan mereka bongkak dan alpa. Nauubillahiminzalik.

Maaf, cik Sakura tidak cemburu mahupun menghina manusia-manusia toksik ini tetapi cik Sakura hanya mahu memberi peringatan kepada followers cik Sakura yang tersayang agar andai anda sendiri merasa kan diri anda ada ciri-ciri serta pernah melakukan perkara diatas, MARILAH KITA BERMUHASABAH DIRI.

YES, NOBODY IS PERFECT BUT WE CAN CHANGE OURSELVES TO SOMETHING BETTER THAN WE ARE BEFORE.

Berubah bukan mudah, menjadi baik bukan mudah, terlampau banyak dugaan tetapi Allah menguji dan memberi dugaan kepada hambanya yang disayangi. Kan?

 Jadilah manusia yang dikasihi Allah dan bukan manusia yang hanya dikasihi manusia.

Kerana kasih Allah SELAMANYA bagi namun kasih manusia hanya sementara =)

Ok , back to topik cik Sakura, tahukah anda apakah kesan manusia toksik ini kepada masyarakat?

Manusia toksik bukan sahaja membahayakan diri orang lain tetapi juga membahayakan diri mereka sendiri. Manusia ini lemah, mungkin hari ini mereka merasa diri mereka kuat, kebal, kaya, seperti tiada apa yang mampu mengatasi mereka tetapi akan datang satu masa, mereka akan merasa bahawa diri mereka kosong dan tiada upaya, dan pada ketika itu, apabila mereka memerlukan bantuan manusia lain akan tetapi, kerana sikap toksik mereka, mereka DISISIHKAN. Mereka depresi dan akhirnya, membunuh diri. (P/S : membunuh diri itu HARAM dalam Islam). Bagaimana pula orang dikeliling mereka, apabila diejek, dihina, dikeji dan merasa rendah diri ats sikap manusia toksik ini, mereka juga merasa lemah dan merasa diri tidak berguna, dan akhirnya berputus asa. 

Kesimpulannya, manusia toksik memang tidak perlu wujud dalam dunia ini dan janganlah menjadi manusia toksik. Kerana toksik membunuh,  Hati, Jiwa dan Diri. (Nauzubillahiminzalik).

Untuk rakan-rakan yang terkesan dengan manusia toksik, cik Sakura harap kalian bersabar dan teruskan perjuangan melawan manusia-manusia ini, perjuangan anda tidak pernah sia-sia. Percayalah, bukan anda sahaja yang mengalaminya. 

Let's spread peace and love, and become a better person everyday.