Tepat 1 tahun, 1 hari sis Sakura is back to this blog.
Welcome me back!!!! Hehe
Anyway, tajuk blog kali ni pasal KAYA.
Yup, KAYA as in RICH as in bukan pencicah roti yang diperbuat drpd kelapa dan gula.
Cik Sakura nak tanya ni, korang.... NAK KAYA TAK?
Apa cik Sakura ni, mesti la nak kaya..hang gila ka apa tak nak kaya??
Hmmm.. ok, semua orang nak kaya... tapi.. berapa kaya yang korang nak kaya??
Ada had limit? Ada jumlah wang? Ada limit berapa biji kereta, berapa biji rumah?
Isshh... cik Sakura ni, kaya la ade rumah besar, kereta mewah, shopping kat Milan, naik turun haji 80 kali.. kaya la cik Sakura oiii.
Hmmm tapi kan? Korang rasa, dengan semua yang korang nak tu, katakanlah suatu hari nanti, dengan izin Allah, korang usaha dan korang dapat semua kekayaan tu.. lepas tu korang nak buat apa eh?
OKKKKK... Cik Sakura akan stop soalan tu sampai sini, Korang cuba tanya diri sendiri dan refleksi lah diri.
Tujuan cik Sakura bukak topik pasal kaya ni bukan apa.. cik Sakura perasan sekarang ni ramai yang sangat-sangat mengejar kekayaan sampai sanggup bergadai maruah dan agama. Ok, bukanlah semua orang yang nak kaya sebegitu cuma segelintir tapi sikit-sikit lama-lama jadi bukit juga kan. Ada yang menunjuk-nunjuk kemewahan di media sosial dan rakan-rakan. Takpe lah, kita husnudzon je lah fikir dia nak rasa puas kot bila boleh tunjuk kat orang lain kekayaan tu, wallahua'lam.
Tapi kan, korang tau tak datang nya kekayaan tu datang juga tanggungjawab yang besar.. setiap sen yang kita dapat tu akan ditanya nanti ke mana kita laburkan dan leburkan. (bukan orang kaya pun, setiap orang akan ditanya). Cik Sakura sangat suka tengok orang-orang yang berusaha untuk menjadi kaya raya ni, tengok kesungguhan mereka mencari duit siang malam tapi cik Sakura TAK SUKA bila mereka mula memandang orang lain yang mereka rasa kurang berusaha itu seakan hina, pemalas, dan berfikiran sempit. Sangat sangat tak suka. Awak pun masih lagi mengejar kekayaan DUNIA tetapi awak dah tanam rasa macam tu dalam hati awak? Macam mana andai satu hari nanti awak betul-betul kaya and capai apa awak nak, agaknya apa lah yang awak akan fikir tentang orang lain yg lagi bawah drpd awak ya?
Memang tak salah nak tanam azam dalam diri , aku nak kaya supaya aku tak perlu hidup susah lagi tapi bagi cik Sakura sendiri, mungkin belum terlintas di hati cik Sakura untuk menjadi orang kaya tetapi cik Sakura mahu hidup bebas hutang, ada tempat tinggal sendiri, cukup makan pakai dan punya keluarga yang tersayang dan disayangi, kalau ada semua ini, cik Sakura rasa dah syukur sangat dah, alhamdulillah. Memang, impian setiap orang lain-lain, dan kita perlu hormat dgn impian masing-masing tetapi jangan lah sampai kita lupa diri, lupa kawan dan keluarga, kita rasa kita penuh ilmu di dada dan wang di poket sampai kita rasa kita mampu untuk kawal semua benda termasuklah perasaan orang lain. TIDAK . Percayalah, perasaaan sayang takkan boleh dibeli dgn wang ringgit, kalau yang boleh tu, itu semata-mata palsu.
Jadi, pesanan cik Sakura kepada blogger dan follower diluar sana dan kepada cik Sakura sendiri, ayuhlah kita mencari rezeki sekuat yang kita mampu dan tanamkan rasa dan niat ingin membantu orang lain yang memerlukan dalam rezeki kita itu. Biarlah orang nampak macam kita tak mampu, tak kaya, tak berharta macam mereka tetapi kita kena pastikan SETIAP rezeki yang kita terima tu BERKAT dan memberatkan hitungan amalan baik kita di akhirat kelak. In shaa Allah.
Seberapa banyak pun harta yang kita ada di dunia ni,
ALLAH itu MAHA KAYA.. baik di dunia mahupun di akhirat.
Walau anda lebih kaya dari segala kaya, harta anda itu takkan setanding dgn yang maha Kaya.
Jadi, dekatkan diri dengan Allah, ingatlah Allah selalu, berusaha dan mintalah pada yang maha Kaya.
Semoga kita semua diberikan rezeki bermanfaat kepada diri, keluarga, agama dan negara. Aminnn.
Sekian bebelan cik Sakura random kali ini,
bukan pasal COVID-19, mahupun COV-EID 2020.
hahaha
Stay safe everyone, sudah ada kelonggaran tapi jangan dilanggarkan.
Take care of yourself, we will in the next post.
May peace be upon you,
Assalamualaikum.