Wednesday 17 June 2015

Oh puasa, Oh Ubat, Oh Diabetes.


Alhamdulillah
Syukur kepada Allah kerana dipertemukan semula dengan bulan Ramadhan.
Alhamdulillah.
Semoga Ramadhan pada tahun ini memjadi madrasah dan memberi tarbiah pada diri kita untuk menjadi umat Islam yang lebih baik.

Yang belum penuh solat nya 5 waktu, semoga dipenuhi. Yang melewatkan solat nya, semoga solat awal waktu sentiasa. Yang menghisap rokok, kurangkan mahupun berhenti menghisapnya.
Yang kurang amalan sunat nya, ditambahkan amalan sunat nya dan macam-macam lagi lah.
In shaa Allah ..dengan azam serta usaha yang kuat serta pergantungan kepada Allah.. kita akan berjaya. In shaa Allah. (^^) FIGHTING!!

kali ini, cik Sakura nak kongsikan pengambilan ubat-ubatan semasa bulan Ramadhan
Al-maklum lah, bulan Ramadhan ni mesti ade yang sakit dan tidak sihat.. tapi tu tidak bermaksud anda tidak perlu berpuasa atau pun meninggalkan dos ubat yang telah diarahkan untuk makan hehe.
senang citer dua-dua jangan tinggal, ade solusi nya.

Jom tengok jadual bawah ni hehe


Haa.. yang tu untuk pengambilan ubat biasa.. yang bawah ni pulak untuk pesakit Diabetes. Pesakit diabetes ni diorang lagi kena 'take note' sikit sebab diorang senang sangat 'hypo' sebab paras gula dalam darah diorang tak menentu huhu

Yang ni tips pemakanan untuk mereka yang menghidap diabetes


 Untuk makcik dan pakcik serta mereka yang perlu suntik INSULIN di bulan puasa :

untuk maklumat lanjut ----> Diabetes - Ramadan dan Ubat
Masih ramai yang itdak tahu tentang pengambilan ubat ni.. ada yang main suntik je insulin tapi tak makan.. tak pasal-pasal kena 'admit' wad huuhuu

Cik Sakura tahu, jarang makcik dan pakcik layan blog cik Sakura ni.. so, cik adik manis dengan cik abang hensem.. sila lah baca, fahami dan terangkan kat orang yang anda kenali ya ? (^^) Sharing is caring (cliche sangat!!!)

Ok? Ada faham?? Bagussss !!

Selamat menjalani ibadah puasa dan semoga segala amalan kita diterima Allah in shaa Allah.

Haaa.. dah boleh start dah bace niat malam ni hehe



Sunday 7 June 2015

Naruto Live Spectacle di Malaysia

Apakah? Apakah itu Naruto Live Spectacle ?

Meh..meh cik Sakura habaq mai..
Ia adalah satu lakonan teater yang dipersembahkan oleh pelakon-pelakon teater yang berbakat dari negeri matahari terbit nun.

Anda bukan peminat animasi Naruto? Mungkin anda tidak akan berminat dengan post cik Sakura kali ini hahaha XD
https://twitter.com/ryuji7117 ( memainkan watak Sasuke)


Selaku peminat Naruto sejak kecil lagi, cik Sakura memang sangat berminat dengan ape jua yang ade kena-mengena dengan Naruto hahaha
Naruto datang Malaysia wehh..gile tak excited? Hahaha

Nasib baik lah cik Sakura tak terlepas tgk show tu sebab waktu cik Sakura beli tiket tu pun dah tinggal beberapa hari je sebelum show tu..
Nasib baik ade lagi tiket .. kalau tak, menangis tak berlagu lah kome~~
https://twitter.com/729Yuta (wata Kiba)


Huhu.. pada hari kejadian. iaitu 31 May 2015 di MIECC , Mines Selangor..
cik Sakura sampai lambat sikit sebab?
SESAT!!! hahaha
biase lah, cik Sakura tak biase pergi kawasan The Mines tu, dah la selalu jalan sesak kat sane tu huh tak kuase~~ hehehe

Naruto Live Specatcle ni julung kali nya diadakan di Malaysia...sebelum ini belum pernah ada apa-apa animasi melakukan persembahan teater di luar negara Jepun. Kalau dalam Jepun tu dah biasa sangat sebab budaya mereka memang begitu. Kalau pergi Universal Studio Jepun pon (USJ) mereka ade persembahan animasi Jepun. best kan peminat ANIMASI sekalian?? ehehehe
*cik Sakura pon tak pernah pergi Universal Studio Jepun tu, kalau Singapura tu ada lah =P*
https://twitter.com/suga_kenta1019 (watak Gaara)

So, memang tak la cik Sakura nak lepaskan peluang ni sebab lepas ni tak tahu lah mereka akan datang lagi ke tak kat Malaysia ni tuk buat persembahan.. huhu ..

Naruto Live Spectacle atau dalam kata lain 'Naruto: Dari Kaca Mata Sebenar' (definisi kamus cik Sakura hehe)
ni memang BEST sangat-sangat!!! Terbaik!! Awesome!!! Giler kentang lah! Memang rugi la kalau siapa tak pergi!!!
Props, pentas, pakaian, CGI , muzik dan gerakan akrobatik semua terbaik!!! Memang tak pernah pergi teater yang best macam nih! Pelakon-pelakon tu siap boleh turun pentas interaksi dengan penonton, mane nak dapat???



Watak-watak yang mereka lakonkan memang semua sebijik macam dalam komik tu huhu Naruto yang bengong happy go lucky tu, Sasuke yang bajet cam bagus, poyo-poyo tu and Sakura yang comel tapi garang tu hahaha semua jadi! Serious macam keluar dari komik 100%! Zettai! Memang rugi lah peminat Naruto tak pergi tengok.. lugi..lugiii~~

 
Lagu tema Naruto Live Spectacle


Stage dia sangat simple sebab memang dalam tu hanyalah dewan kosong ( nak buat kenduri dalam tu pon boleh)
So, krew penerbitan terpaksa membina pentas dari awal hingga ke akhir berbanding Macau dan Singapura.. dewan mereka cantik ok.. 'Theatre Hall' u'ollss!! Tak payah nak bina-bina baru..seating pon best! Kat Malaysia, hurm.. memang kerusi plastik kenduri tu dia bagi.. itu je lah keburukan nyer(malu jer) ..yang lain semua best!!! Hehe

Oh, btw, security kat sane sangat tegas, anda bukan sahaja tidak dibenarkan mengambil gambar ketika pementasan, malah semasa waktu rehat dan juga selesai pementasan. Agak pelik di situ.. tapi nak buat macam mana, terima je lah. So, tak ada gambar sangat huhu. Tak pe lah janji tersemat dalam memori cik Sakura. hehe

Oh, untuk mereka yang terlepas, boleh dapatkan CD yang kemungkinan akan keluar bulan Ogos nanti. Jangan lepaskan peluang ya (^^) heehee

Harapan: Semoga lebih banyak teater animasi begini dilakukan di Malaysia dan di tempat yang ber'teater' sikit . Ramai peminat anime kat Malaysia ni, semua tak nak mengaku je tu. Jadilah diri sendiri, we don't need people's approval to live V(^^)V *pesanan ikhlas dari Cik Sakura*