Wednesday 28 January 2015

R.E.S.P.E.C.T ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua nya~~
Di harap baik- baik belaka ya~~
Hari ini kita dalam rancangan "Tiup-tiup, blog berhabuk" Fuhhh~~

Biaselah sejak-sejak dah berkerjaya~~ lah sangat ni
tak nyempat nak menjenguk blog kesunyian ni uhuk uhuk uhuk

Pun bagaimana walau,
Hari ni cik Sakura nak cerita tentang RESPECT atau dalam bahasa 'Ma-la-yu-wi-yah' nyer
HORMAT.

Hormat ade macam-macam jenis dan perlakuan  dan definisi dan begitu dan begini
tapi hormat yang cik Sakura nak perkatakan ni adalah

Hormat terhadap sesama manusia .

Selama hampir 3 tahun cik Sakugha gheje sebagai fghontliner yang memang gheja haghi-hagi menghadap manusia @ pesakit ni (ni dah kenapa pelat R plak nih?) Opss..maap~
Sambung cerita..
hah.. hari-hari bertemu pesakit dan melayan kerenah mereka,
tak dinafikan ramai nya yang tidak mempunyai rasa hormat mahu pun berbudi bahasa terhadap orang 'frontliner' ni.

Kami hanya menjalankan tugas kami, maka, mengapa harus dihamburkan segala amarah dan caci hina kepada kami seolah-olah kami tidak mempunyai perasaan malah hati. 

Memang bukan semua begitu tapi kebanyakan nya..
tidak kira tua ataupun muda ..
kecuali kanak-kanak ..
sebab kanak-kanak dorang sempoi je.. cakap Thank You kiut je (^^) Hihi


 Sesungguhnya pekerjaan seperti ini memerlukan tahap kesabaran yang amat tinggi (T^T)

Nasib kami la sebab kami ni 'checkpoint' terakhir,
smua marah dari start menunggu sampai habis jumpa MO nak dimarah pada kami..


Segelintir perangai manusia-manusia ini adalah :
1) Sampai kaunter, baling n campak kad kat kite, bukan nak mintak nombor baik-baik.
2)  Bila dah habis berbuih kita terangkan itu ini, cakap TERIMA KASIH pun takdak. Budi bahasa ke ni? Ok bye~
3) Bila kita kata masa rehat, diorang mengamuk macam gajah naik minyak seolah-olah lepas lunch hour tu tak boleh nak berurusan lagi .. apakah? Semua boleh di bawa berbincang , tak perlu hiruk-pikuk macam takde adab.

Itu lah sedikit-dikit benda yang dapat dikongsikan bersama, selain nya, biarlah rahsia. =)

Kesimpulannya,

Marilah kita sama-sama meng-HORMAT-i sesama manusia.. tak kira jantina, agama mahu pun bangsa atau NEGARA? ...


Orang tua-tua selalu berpesan ..

'Kalau kita selalu berbuat baik pada orang lain, in shaa Allah, akan dibalas baik'

Memang best marah-marah dan tengking-tengking orang tapi tahukah anda, marah itu datangnya dari syaitan ?
Kita kan manusia, kenapa nak sama kan diri dengan syaitannirrajim tu??
Betul tak?

Hak memilih, hak kita. Pilihlah KEBAIKAN.


So, jom ramai-ramai jadi MANUSIA dan RESPECT each other. =)


P/S : Cik Sakura ni bukannya baik sangat pun .. kadang-kadang terjadi Syaitan jugak bila jumpe orang-orang macam ni huhu Jom sama-sama berubah ke arah yang lebih baik *wink*

ATTITUDE ye.. bukan E-Tude.

Sabar ye cik Sakura, sabarrrrrr
Because I'm happy~~ (dan tetiba lagu Pharrel William tu bermain di belakang anda~~seramm)


Wassalam.

esok Naruto: The Last movie kuar kat pawagam Malaysia.. yahuii~~~ *excited*